Saturday 8 November 2014

Transaksi tanpa tunai lebih digemari.


Usahawan mikro digesa agar tidak bergantung kepada kaedah perniagaan tradisional sebaliknya menjalankan perniagaan mereka dalam talian, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri.

Menurut beliau, medium Internet dan transaksi tanpa tunai lebih digemari kerana kaedah itu lebih menjimatkan masa dan kos.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terdiri daripada syarikat mikro, kecil dan sederhana merangkumi 97.3 peratus perniagaan berdaftar negara dan daripada 645,136 PKS yang berdaftar 77 peratus merupakan usahawan mikro,” katanya dalam sidang media, di sini, tadi.

Hamim juga berkata kerajaan melalui SME Corp telah memperinci strategi bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan perusahaan mikro dengan menekankan peningkatan produktiviti, penggunaan teknologi, inovasi dan automasi.

Katanya sepanjang tahun ini sebanyak 154 program telah dilaksanakan oleh SME Corp sebagai agensi penyelaras pusat, bagi mempergiat pertumbuhan PKS dengan peruntukan berjumlah RM13.35 bilion.

No comments:

Post a Comment